CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Assalamualaikum

Selamat berkunjung ke blog Rasmi Kumpulan All One. Semoga disini kan terjalin ukhuwah Islamiah antara kita semua.

Kepada yang berminat untuk mengundang All One bagi memeriahkan apa sahaja majlis anda seperti motivasi, persembahan jemputan, majlis amal, hakim pertandingan, panelist forum, reunion, walimah dan sebagainya sila hubungi 012.385.2023 atau email sham.allone@yahoo.com

Ilal liqa' Ma'a Salamah!


Sunday, January 17, 2010

Perencanaan 2010

Assalamu'alaikum...

Salam kepada semua pembaca blog ALL One .
Tahun 2010 merupakan tahun ke-3 kami berada di dalam industri nasyid Malaysia.Kami keluar dengan album pertama kami penghujung bulan August 2008, 2009 menyaksikan suka-duka perjalanan kami sebagai artis nasyid mainstream. Alhamdulillah byk pengalaman yang kami kumpul sepanjang perjalanan itu.Antaranya kami tercalon untuk kategori Vokal Duo/ Berkumpulan terbaik di dalam lagu menerusi lagu Bilal bin Rabah, dan 5 pencalonan dalam Anugerah Nasyid Minggu Ini. Terima kasih kepada semua yang menyokong kami dan yang berada di belakang kami selama ini. Kami akui kami tidak akan berada ditahap ini tanpa sokongan anda semua.
Tahun 2010 kami jadikan titik tolak untuk kami terus memajukan diri kami dan juga kumpulan kami...bukan niat untuk membelakangkan sesiapa, tetapi kami memerlukan penghijrahan untuk terus maju. Kami rasa tahun ini kami ingin terus bergerak menguruskan kumpulan kami sendiri dan merencanakan perjalanan kami sendiri. Moga segala perancangan ini akan berjalan dengan lancar dengan doa dari kalian semua.

Kami memohon jutaan kemaafan dari semua andai ada melakukan kesilapan dan kesalahan sepanjang kerjasama yang kami jalinkan dengan mana2 pihak.

Moga tahun 2010 ini akan memberikan seribu pengertian buat kita yang berusaha ke arah itu. Wallahu 'alam..
Amin.

1 comments:

Intan Martina Md Ghani said...

salam AllOne..
smoga tahun 2010 nie memberi kejayaan kpd AllOne..gud luck smua..